Saturday, March 12, 2011

Wanita-Wanita perindu syurga,

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Nikmatnya Syurga!

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :

"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)

"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

01~Bertakwa

02~Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk

03~Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

04~Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

05~Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

06~Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

07~Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

08~Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

09~Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10~Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia
11~Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

12~Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

13~Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14~Berbakti kepada kedua orang tua

15~Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

Kehebatan syurga berdasarkan al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah yang sempat saya kumpul:

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Sunday, February 13, 2011

Menyambut Hari Memperingati Kekasih ( Valentine's day) Hukumnya Haram di Sisi Islam

Sahabat yang dirahmati Allah,

Di dalam Islam terdapat perayaan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi S.A.W. pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”

(Hadis riwayat Nasaai)

Selepas kurun ke 3 Hijrah, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulidur-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain lagi.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Christmas, Deepavali , Thaipusam, Hari Halloween

dan juga Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) yang sedang kita perbincangkan ini.

Terdapat larangan daripada baginda S.A.W. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hadis Nabi S.A.W yang lain bermaksud : "“Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur"

Sahabat yang dimuliakan,

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Setiap tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) ini namun ianya tidak di hiraukan oleh golongan remaja dan muda-mudi umat Islam, mereka tetap menyambut dan meraikannya.

Oleh itu untuk menyedarkan umat Islam terutama mereka yang sedang bercinta sebenarnya hari tersebut mempunyai kaitan dengan sejarah agama Kristian, sejarah Rom Kuno dan sejarah mereka bergembira kerana kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol . Hari Memperingati Kekasih tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

Terdapat 3 pendapat kenapa orang Kristian menyambut Hari Memperingati Kekasih (Valentine's Day) :

Pendapat Pertama : Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat Kedua : Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari.

Pendapat Ketiga : Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Sambutan Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Kristian dan Rom Kuno sebagaimana yang telah penulis paparkan di atas. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine dan menyambut peristiwa yang berlaku semasa Rom Kuno jelas akan menjejaskan akidah Islam, maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam.

Sambutan Hari Memperingati Kekasih juga seolah-oleh kita reda dengan kegembiraan orang Kristian merayakan kemenangan mereka menjatuhkan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol yang mana sejarah terlah menceritakan ratusan ribu umat Islam disembelih, masjid ditukar menjadi gereja dan hukum-hukum Islam telah ditukar dengan hukum-hukum menurut agama meraka. Adalah sesuatu yang amat memalukan jika kita bersekongkol dengan orang kafir untuk meraikan hari tersebut. Jika ini berlaku maka kita telah mendedahkan diri kita untuk mendapat kemurkaaan Allah S.W.T kerana terang-terang perayaan tersebut menentang hukum-hukum Allah S.W.T.

Sahabat yang dikasihi,

Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Memperingati Kelasih (Valentine's day) sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.

Tambahan pula sambutan ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tentang hukum menyambut Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) , Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan hari tersebut ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya yang bermaksud : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." ( Surah al-Israa’ ayat 32)
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar arus perdana, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah S.W.T.. Firman-Nya yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)".

(Surah al-Baqarah ayat 120)

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya yang bermaksud : "Iblis berkata: 'Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".(Surah al-Hijr ayat 39-40)

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Memperingati Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Oleh itu marilah sama-sama kita berkempen kepada semua umat Islam agar meninggalkan amalan songsang ini dan jangan sekali-kali merayakannya kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah kita sebagai umat Islam. Jika kita berdiam diri dan tidak memberi nasihat kepada umat Islam, remaja dan muda mudi kitaakan bahaya perayaan tersebut ditakuti bala yang turun nanti bukan saja menimpa kepada orang yang melakukan maksiat tetapi kita juga akan turut mendapat kesannya. Gunakanlah masa terluang kita untuk menambahkan ilmu yang bermanfaat disurau-surau atau di masjid-masjid supaya kita sentiasa mendapat taufik dan hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Friday, January 14, 2011

salam kasih sayang

                                                        ~doa memohon kasih sayang~
                            
                              اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
                  
   "Salam kasih sayang,tulus murni ikhlas dari nurani buat tatapan,,sekalian..Moga perhubungan yang terjalin,kekal abadi selama-lamanya,,berkekalan hingga ke syurga..."

lagu nh ana dedikasikan khas buat rakan seperjungan di tahfidz,,yang bnyak membetulkan kesilapan ana,dan temani ana dlm perjuangan bgi mengutip ilmu ALLAH yang Maha luas,,kat bawah ni adala sikit potret kenangan kita bersama,ana rindukan kalian,,yang bnyk bgi kekuatan kat ana,rindu sama-sama kita tahajud bersama,,sama-sama bergurau senda,,sama-sama keluar dakwah,macam-macam,,tidak terbalas rasanya untuk ana membalas jasa baik antum semua,yang ana mampu ana akan doakan kebahagiaan antum dunia dan akhirat,,, buat sahabatku,teruskan perjuangan,,

TiNgAi KeNaNgAn.....sma al-azhar                                                        


                                                                                                                                                            

Thursday, January 6, 2011

sannah helwa~Nurul Syaheeda binti Khalid

<blink>Sannah helwa...5 januari 2010,<blink>
<blink>Syaheeda~Fariha~SyaFa<blink>

 Ya Allah,
Dengan pertanbahan usianya,
Engkau peliharala sahabatku sepanjang hidupnya,
Jadikan setiap langkahnya,langkah yang Engkau aturkan,
Jadikan setiap bicaranya,bicara yang membawa manusia mengigatiMu,
Jadikan setiap degup jantungnya,degupan meniti saat untuk buatMu,
Jadikan pandangan matanya,bersusah buatMu,ilmuMu,agamaMu,
Terimala air matanya sebagai penyejuk kemurkaanMu,
Belailah jiwanya saat dia terkulai lemah,
tetapkan imanya agar tak mudah berputus asa atas setiap ujianMu,takdirMu
Sesungguhnya kepadaMU tempat dia bergantung harap....ameen ya rabb, 

Pesanan dari sahabatmu,pengubat luka di qalbumu (^_^),,,
Apabila kita berjuang,banyak onak dan duri yang terpaksa kita tempuhi,dengan IMAN yang kuatlah kita pagari diri kita agar langkah kita tidak tersasar,janganlah engkau bersedih wahai adikku,kerna pengalaman inilah yang mematangkan kita dan percayalah semakin Allah uji kita dengan ,semakin itula Dia sayang kepada kita.Percayala apa yang Engkau lalui kini telahpun ku lalui ketika dulu.Tika itu ku keseorangan tidak berteman...menempuhi ranjau dengan penuh kesabaran,hanya kepadanya ketika itu ku sirami air mata agar di kuatkan hati ini dalam menegakkan syariatNya....titiskan air mata jangan di persia,curahkan hanya pada yang Esa,agar hidup kita lebih bermakna,sinar bahagia pasti menjelma.ku mengagumimu kerana kekuatan sebagai seorang puteri yang berusaha menegakkan kalimah ILLAHI,ku mengyanjungimu kerana epilog hidupmu pernah ku lalui dengan kekuatan seorang puteri...semoga apa yang kita amalkan ini mendapat keredhaan ILLAHI,ku mengasihimu di atas nama ALLAH...
                      dariapda,,yang cuba menyelami apa yang engkau rasai,,

Wednesday, January 5, 2011

Mencari Ilmu hendaklah ikhlas kerana ALLAH

Daripada Ka'ab bin Malik r.a berkata:Rasulullah SAW bersabda:
    "Barangsiapa mencari ilmu untuk menandingi para ulama' atau mengalahkan orang-orang yang jahil,atau untuk memusatkan pemerhatian manusia kepadanya,maka orng itu akan di masukkan Allah ke dalam api neraka"                                                                                                     (hadis riwayat Tarmidzi)

Dan dalam riwayat lain,dari Ibnu Omar r.a,Rasulullah SAW bersabda:
   "Barangsiapa mencari ilmu untuk berbangga dengannya akan para ulama',atau untuk berdebat dengannya akan orang yang jahil,atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya,maka orang itu di dalam api neraka"                                                                                                       (hadis riwayat ibnu Majah)

Dan dalam riwayat lain juga,Ibnu Omar r.a,Rasulullah SAW bersabda:
     "Barangsiapa menuntut ilmu bukan kerana Allah maka hendaklah ia mengambil tempatnya di dalam neraka"                                                                                                      (hadis riwayat ibnu Majah)

Pokok perbincangan hadis:
  • Ikhlas merupakan roh bagi setiap ibadah yang kita laksanakan.Apa sahaja ibadah andai di laksanakan dengan tidak ikhlas maka hasilnya ialah kosong.Jadi,termasuklah mencari ilmu agama atau mengajarkannya.Andai tidak ada ikhlas maka tidak ada nilainya di sisi Allah.
  • Dalam hadis ini di sebutkan beberapa contoh tujuan yang lain dari keredhaan Allah,seperti velajar ilmu agama tujuan ia akan dapat mengatasi para ulama' yang lain atau dengan tujuan membanggakan diri di hadapan orang-orang yang jahil atau menumpukan perhatian manusia terhadap dirinya.Maka tujuan-tujuan ini semuanya merupakan tujuan keduniaan yang rendah yang sudah tersimpang dari mencari keredhaan Allah.
  • Maka dari kerana Allah mengancam orng yang mempunyai tujuan-tujuan buruk ini dengan seksaanya yang pedih di dalam api neraka
  • Kenapa Allah seksa mereka dengan sedemikian????kerana mereka menyalah gunakan tujuan suci dari mencari ilmu agama itu.Ilmu agama itu sesuatu yang sangat mahal sekali.Hati perlu bersih untuk menuntut ilmu Allah yang Maha luas.Ilmu agama itu untuk beribadat dan mencari keredhaan Allah atau dalam bahasa lain tujuan belajar ilmu agama itu ialah untuk dijadikan sebagai jambatan yang menyampaikan kita ke dalam syurga yang tak ternilai harganya.
                   "Ilmu Allah itu cahaya,dan cahaya itu tidak akan di berikan kepada ahli maksiat"

Tuesday, January 4, 2011

Istighfar..Mohonla padanya..

ISTIGHFAR..
Kalimat yang paling pendek,tetapi memiliki makna yang sangat dahsyat,sangat dalam,sangat indahdalam hidup kita,istighfar memiliki dua makna..

Pertama:setiap kali kita mengucapkan "Astaghfirullah al ad'zim"bererti kita minta ampun kepada Allah,minta di maafkan segala dosa dan kesalahan kita,minta di tutupi aib-aib kita,semakin kerap kita beristighfar,maka semakin bersih diri kita daripada segala dosa,kesalah dan aib pada diri kita.Allah sangat menyukai akan hambanya yang terus beristigfar,kerana tiada seorang pun antarakita yang bersih dari melakukan dosa.sehebat mana sesuatu amal sekalipun,pasti mempunyai kekurangan kerana manusia itu sendiri sentiasa di pengaruhi oleh unsur-unsur kelemahan.maka istighfar adalah kewajipan dan keperluan kita agar Allah mengampuni dosa kita dan menutup aib kita kerana Allah juala yang Maha pemaaf,dan Maha memelihara.

Kedua:setiap kali kita mengucapkan" Astaghfirullah al ad'zim" bererti kita mintak pada Allah,memohon kepada Allah yang amat sangat,agar Allah memperbaiki hidup kita,menguatkan akidah kita,membersihkan hati kita dan memberikan kita khusyuk dalam beribadat,dan emrlihara hati kita dari godaan nafsu dan dunia.
         
        SUBHANAALLAH...satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan.Kerana itu,tidak hairan andai ada hamba Allah yang sungguh beristighfar dalam kehidupan.Semakin berkat,semakin membawa kebaikan,semakin bahagia,tenang,dan menyenangkan di dunia dan di akhirat yang abadi.

Rasulullah SAW bersabda:
         "Barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfar kepada Allah,maka Alah,memudahkan ia di saat ia sulit,Allah mengembirakan saat ia lagi bersedih dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah di duga"

Firman Allah yang bermaksud:
             "Beristighfarlah kepada Tuhan mu,sesungguhnya Dia adalah Maha pengampun.nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu,dan mengadadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai"                                           (Surah Nuh ayat 10,11,12) 

Beristighfarlah kita kepada Allah,nescaya Allah turunkan musim hujan yang berat,Allah memudahkan kita mendapat rezeki,Allah hadirkan untuk kita anak-anak kita,generasi yang soleh,ulama' yang akan memperjuang agama islam,generasi rabbani.Kemudian Allah memakmurkan negeri kita.Allah sejahterakan kita...ALLAHUAKBAR!!!!,jadi istighfarlah bukan hanya digalakan malah menjadi kewajipan kita,kerana itula baginda Rasulullah tidak bangun dari tempat tidur beliau kecuali baginda beristighfar 70 kali,dalam hadis lain sebanyak 100 kali.Walaupun baginda maksum(di jamin masuk syurga,bebas daripada dosa) tetapi begitu hebat kepada Allah,apa lagi kita yang daif lagi berdosa...sama-samala kita peraktikan dalam kehidupan kita,InsyaAllah,ana memperingati diri ana yang lalai,,sama-sama kita ushakan..moga kita terus istiqamah,,

kalamku,buat mata rantai juang islam

   Ya Allah,Tuhan sekalian alam,Dikaulah yang menggerakkan dan menjadualkan pada aku dan sahabatku jua adiku Nurul Syaheedah binti Khalid yang sama2 kami cuba berdakwah melalui blog ni,Ya Allah dalam keadaan lemah dan berdosa diri kami berdua ini,Engkau izinkan kami untuk belajar menyebarkan agamaMu yang suci lagi benar.kami adalah hambaMu yang daif,tak mampu rasanya memikul beban ini tanpa pertolongan dan keizinan dari-Mu ya Allah ,apatah lagi diri kami yang kecetakan dan ketandusan khazanah ilmu dan taqwa diri kami juga tidak terserlah,tak mampu mengarang dan menulis sebuah buku,hanya sekadar mampu menyusun dan mengolah sebuah blog kecil hasil pembacaan kami sendiri untuk di kongsi selama ini..

  Ya Allah,terimala amalan kecil ini sebagai amal soleh yang mampu kami persembahkan untukMu wahai yang Maha memelihara,ya Allah ampunkan diri kami terhadap dosa-dosa kami huzunnafsi (kepentingan diri) yang sentiasa di bisik-bisikan ke dalam hati kami oleh nafsu.Kiranya amal kami ini ada pahalaNya di sisiMu,maka kami kirimkan pahalanya kepada ayahnda dan bonda kami tersayang yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami,Tuan Guru kami,guru-guru yang mengajar kami tanpa rasa putus asa dan lelah,buat sahabat-sahabat seperjuangan kami,yang setia dalam menyampaikan dakwah ila yaumil qiyammah,InsyaALLAH,dan saudar-saudara kami,serta sesiapa juga yang telah menabur jasa budi buat kami berdua,demi membalas jasa-jasa mereka...
     
Kami memohon pada-Mu ya Allah,agar kau sirami kami dengan rahmat dan kasih sayangMu,dan Enkau siramila persinggahan kami sekarang ini dengan roh keislaman yang tinggi khususnya pada pelajar-pelajar dan remaja-remaja islam yang bakal menjadi teraju kebankitan islam masa kini dan akan datang..
                                  Ameen Ya Rob...